LEBIH DARI 1000 BRAND TELAH KAMI BANTU!

Siapakah Saya?

Tuan Andika Putera merupakan CEO kepada Aspire 165, sebuah platform yang telah beroperasi sejak 2018 dengan tujuan untuk membantu ribuan usahawan di Malaysia mencapai kejayaan dalam perniagaan mereka. Dengan pengalaman yang luas dalam dunia keusahawanan, beliau bukan sahaja terlibat dalam pembangunan strategi bisnes yang berkesan, tetapi juga aktif dalam memberikan motivasi dan inspirasi kepada masyarakat, khususnya usahawan melalui konten yang memberi impak positif.

Dengan izin Allah, usaha Tuan Andika Putera dalam membimbing usahawan tidak hanya memberi kesan dalam dunia bisnes, malah telah membangkitkan semangat dan memberikan inspirasi kepada ramai orang untuk mengejar impian mereka. Melalui Aspire 165, beliau terus memperkasakan komuniti usahawan di Malaysia, menjadikan mereka bukan hanya berjaya dalam perniagaan tetapi juga lebih matang dari segi perniagaan dan spiritual.

Andika Putera New (1)

Tentang Aspires165

Aspires165 Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat milik Bumiputera yang telah mengalami transformasi besar sejak penubuhannya pada tahun 2020. Sebelum dikenali dengan nama ini, syarikat ini dikenali sebagai Aspires Enterprise. Sejak penubuhannya, Aspires165 Sdn Bhd telah menjadi peneraju dalam memberikan latihan perniagaan dan perundingan yang khusus, bertujuan untuk membantu usahawan, terutamanya dalam kalangan usahawan Bumiputera, untuk mengembangkan dan memajukan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Sebagai sebuah syarikat yang fokus kepada latihan dan perundingan, Aspires165 Sdn Bhd memberi tumpuan utama kepada penggunaan platform media sosial sebagai alat untuk memasarkan produk dan perkhidmatan. Dalam dunia perniagaan yang semakin berdaya saing, mereka membantu usahawan memahami dan memanfaatkan sepenuhnya potensi besar yang ditawarkan oleh media sosial, termasuk platform seperti Facebook, Instagram, dan TikTok, untuk memperluaskan jangkauan pasaran mereka.

Brand Yang Telah Kami Bantu!